Hai Everyone !

Share everything here . Let it out here . Guarantee we'll be feelin' alright ;)

Wednesday, September 21, 2011

I just couldn't do ____

Maaf ....
saya salah ......
maaf dan maaf ........

Maaf kawan, sebab dah terkasar bahasa. aku tak tahu laa nak explain macam mana lagi. tapi aku nie memang jenis kasar orangnya, memang jenis kurang ajar orangnya. kadang kadang, aku tak perasan pun yang aku dah terlebih cakap sampai dah melukakan perasaan sesetengah pihak. *rasa teruk sgt. even boyfriend aku pun pernah kata aku nie teruk. dan bila aku tanya kenapa , dia kata tak tahu nak kata macam mana, tapi TERUK tu memang mengambarkan personaliti aku. Hmmp. aku pun rasa aku nie makin hari dah makin melampau. Bak kata Najib Rusli tadi, biasalaa laa tuu kalu dah jumpa Geng, memang macam tu.

Tapi, aku nie perempuan weyyyy. perempuan. dah laa pakai tudung, tapi perangai _______. APELAAAAAA KUTUK DIRI SENDIRI !

haihhh. esok nak jadik sopan laa, kihkihkih ;)

lagi satu,
Najib kata tadi, aku nie cepat marah. maksudnya dari segi percakapan aku tu laa. macam nak marah orang. bukan bercakap dalam keadaan tenang. mungkin nada suara aku laa kot yg tak kena. Ohhhhhh, dan sekali lagi, teruknya aku ~

and lagi satu benda yg Ajeb bgtau yang buat aku fikir sampai sekarang. " you deserve better than him aing" . HAH ? -_____-

Monday, September 12, 2011

First Day

ARRRGHHHHHHHHHH ! Tak suka belajar kat sini.

Ini laa yang aku rasa nak buat. aku rasa nak jerit kuat kuat je. rasa nak menangis pun ada. Pendam laa dulu kan. tapi tak lama nie, meletup jugak nanti kang -,-

Hmmph. Kuliah Accontancy dah start tadi dan aku pun belajar topic 1. setakat nie aku boleh laa paham lagi. Lecturer pun macam sporting la jugak. Alhamdulillah laa untuk yang nie. 2nd class tak best. kelas Miss NoorAyuni macam sedikit boring sebab bagi aku, dia tuu tak tahu nak lecture student. dia nak 2-Ways Communication dari student, tapi dia sendiri tak tahu nak berkomunikasi. tiba tiba je bagi assignment. dah lah tak explain ape ape. Bajet aku dah tahu semua. At least, Miss kena laa jugak bagi briefing pasal subject tu. Tiba tiba kena buat report laaa, journal laaaaa. apa benda semua tu ? Basic pasal benda benda tu pun aku takda hang tauuuu ?

Sunday, September 11, 2011

Taman Universiti UiTM Kedah

tak sangka aku UiTM ada buat penginapan sementara macam nie . sungguh tak sangka. Rasa macam duk kat rumah sewa pulak.

OK, hari ini aku dah sah menjadi pelajar Degree Part 1 Faculty Administrative Science and Policy pada pukul 9 pagi tadi. Alhamdulillah. So far, aku memang puas hati dengan prestasi di sini. Cuma aku tak suka staff- staff kat sini . Macam ape ntahhhhhhh ! dah tua tua pun tak reti nak berbudi bahasa lagi, kesian betul la aku kat manusia yg macam nie. belajar tinggi tinggi, kerja pun dah bagus dah, tapi attitude takda. cuba la belajar berkomunikasi dengan orang lain dengan LEBIH baik. tak kira laa orang tu tua ke muda ke, bukan ke yg tua di hormati dan yang muda di sayangi . haaaa, memang sayang sangat dah tuu kan makcik kannnnnn -,-

adehhh, usah di kenang kisah yg dah buat aku tidak senang hati pada pagi tadi, kembali kepada topik rumah baru aku nie,,, hehe . Rumah ye, bukan hostel. bukan macam Kolej Mawar puaka yang kat shah alam tu , Ini ialah kediaman kepada student yg daftar llambat macam aku nie kot . takpela tu . ada Master Bedroom- 4 orang . dan bilik 3 bijik untuk 2 orang . aku kini berada di Bilik 2, yang mana aku dan Pkah je ada dalam nie. bukan Pqa Moolan ye, Pqa Ridwan . rumah nie lengkap dengan dapur, beranda, bilik air ada 2 bijik. waaaaa, syok laaa weh. dah macam hotel pulak dah. And yang bestnya, kat sini di campur dengan budak lelaki . haaa, selang 2 buah rumah aku, rumah budak laki Degree course ape aku tak tahuuu. hikhikhik >.<

itu kelebihan dia, sekarang aku nak habaq kelemahan duk sini pulak. kat sini jauhhhhhhhh dari kampus aku. lebih kurang 10KM macam tu laa. so, kami akan di angkut ke Fac dengan Bus UiTM mengikut schedule yg di tetapkan. pasal nie laa yang aku risau nie. Bukan ape, kot kot laa one day tu, aku ada group work aku ke yang mana aku kena balik lambat sampai lewat petang atau mungkin sampai malam. kalau benda nie terjadi la kan, haaa nak balik rumah naik apa ? kereta sewa haram laa kan. setakat nie aku tak nampak lagi Teksi dekat area nie, Bus lagiiii la kan. memang aku tidur kat Fac laa kalu macam tu . jauhhhhhhhh siot. kalu nak makan lagi laa payah. takde restoran pun. aku rasa paling dekat pun 2KM dari rumah aku. takkan nak jalan kot. haihhh. memang lepas nie aku akan slalu skip dinner aku laa. bertambah tambah laa keding aku kalu macam nie. Hmmph .

takpelaaa, suasana baru pengalaman baru. seronok jugak sebenarnya Kedah nie. Enjoyyyy jela wei zaman zaman remaja nie. bila lagi kan ;)

Saturday, September 10, 2011

Kedah Darul Aman

WHOAAA WHOAAAA ~

aku dah sampai Kedah dah pun. Apa aku rasa? _______ HIHIHIIII -,-
seronok, teruja, gembira. walaupun tak seperti Shah Alam, yang penuh dengan Mall kiri dan kanan tu, TAPI kat sini ada benda yang aku tak jumpa kat bandar bandar besar . that is PEACE. patut laa nama dia Kedah Darul Aman. memang betul betul aman pun. aku bangga jadi anak Kedah sekarang ;)

Suasana kat Merbok tidak lah seteruk yang aku sangkakan. Best hapeee kat sini. takda RapidKL, takda KTM . yang ada cuma laa Bus UiTM . aku rasa, dengan suasana macam nie, boleh buat aku sedar kot yang kat sini laa betul betul tempat untuk aku belajar . Ok, aku tahu yang kemungkinan besar ini ialah peluang terakhir untuk aku belajar dan bergelar sebagai seorang pelajar. Lepas Degree tak tahu laa kan nak sambung Master ke tak . yang nie kena tanya Hubby aku dulu . So, mak aku kata gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. sebab kita tak tahu apa yang jadik dengan future kita . Entah jadi orang ke tak lah aku ni. Entah berjaya ke tidak lah aku ini. Siapa tahu kan? Tapi InsyaAllah, Semuanya akan Okeyyyy ;)

Esok registration Faculty and kolej. dengan ini saya akan kembali kepada status pelajar bermula pada hari esok. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan aku di sini. Guide me Ya Allah .

- Wan nurul ain bt wan sazali
- (20118834**)
- Bachelor of administrative Science (Hons) UiTM Kampus Merbok, Kedah